Belajar Fotografi | Tips & Teknik Fotografi | Tutorial Fotografi Reban Ilmu | Kongsi Secebis Ilmu Fotografi

20Jul/110

‘Perghhh Hijau’ | WOW Green | Basic Editing in Photoshop

**Gambar yang di atas adalah 'Selepas' dan di bawah adalah 'Sebelum' di edit.

Wah!!! menawan hijaunya kan? Rahsia RebanCreative aka nasastudio.com sudah terbongkar,, senang jer nak kasi 'pop' hijau nih,,, hanya guna satu tool aje.... kalau nak lebih lagi rahsia² nasastudio.com stay tune lah....

Pernah dengar 'Triple 'S' Editing' ???.... hahh~!! cuba cari di FB saya atau di gallery Flickr saya... ia membawa maksud, 'Sikit Sikit Sudah' lah... hehehehee~

Jom kita tengok macam mana nak buat 'Perghhhhh Hijau'

1. Klik 'Create New Fill or new adjustment layer' dan pilih 'Selective Color'

2. Tukar 'Colors' kepada 'Green' dan masukkan nilai seperti di atas (C:-100, M:-100, Y: +100)

3. Kemudian pilih pula 'Yellow' dan masukkan nilainya (C:-100, M: -30, Y: +100)

4. Dan akhir sekali tukarkan 'Blending' Normal kepada Color.

5. Settel~!!! Korang boleh cuba² bermain dengan nilai² tersebut mengikut selera masing² lah~

Ape lagi??? piiiiii lah try~!!! kalau ok,, ngam,,, mabelessss,,, share² ler kat kawan²,,, dapat pahala kongsi ilmu nih~ hihihihihihii~

17Jul/110

Custom Brush | Tutorial Photoshop

Artikel | Tutorial Photoshop berkenaan Custom Brush ini pernah ditulis di laman blog Fotografi perkahwinan saya di nasastudio.com/rebanfoto . Saya just copy and paste ajee....

 

‘Brush’ di dalam photoshop banyak juga saya dan mugkin juga anda gunakan untuk kerja-kerja editing. Di sini saya kongsi cara-cara untuk membuat preset brush yang mungkin akan memudahkan kerja-kerja editing kita nanti.

 1. Buat satu kertas kerja baru dengan ukuran 2500 x 2500 pixel.

Brush hanya akan diterima dalam mode Grayscale, jika anda gunakan mode RGB etc. photoshop akan automatik convert ke grayscale semasa menyimpan preset nanti.

 

 2. Buat brush seperti yang anda mahu, contoh saya seperti di atas adalah berbentuk logo/signature.

 

3. Setelah selesai membuat gambaran brush dikehendaki, pergi ke menu ‘ Edit ‘ dan klik pada ‘Define Brush Preset'

 

 

 4. Berikan nama untuk brush anda tadi dan klik ‘ OK ‘.

 

 5. Untuk mengujinya, buka satu mana-mana foto anda, kemudian klik pada brush atau tekan huruf  ‘ B ‘ pada keyboard,

kemudian klik kanan tetikus pada gambar anda dan pilih brush yang telah anda buat tadi.

 

 

6. Siap sudah~!! Sekiranya anda ingin menukar warna atau sebagainya, boleh menggunakan blending option.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan secebis ilmu ini.

Banyak lagi yang akan dikongsi,,, Sila tinggalkan komen anda atau emel ke info@nasastudio.com untuk sebarang pandangan dan cadangan. Terima kasih sebab mengunjungi blog ini.

Wassalam~

 

12Jul/110

Pop Color | Photoshop | Belajar Edit Gambar

Terdapat banyak cara untuk menaikkan warna gambar. Untuk yang pertama ni,saya kongsikan satu cara yang biasa digunakan oleh kebanyakkan editor². Saya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS4.

Dipendekkan, cerita korang ikut jerlah flow saya bagi, selebihnya cuba gunakan mata sendiri untuk melihat sama ada ianya sesuai atau tidak. Gambar masing² berbeza so 'bancuhan' tu berbeza lah... Kalau agak ok jer... 'ngam' ,, boleh la jadikan 'Action',,, senang korang nak guna lain kali,, tinggal klik atau pakai short cut jer lah...

Tunggu next post lah macam mana nak buat 'Action'...... hehehehe~

1. Klik pada icon 'Create new fill or adjustment layer'

2. Klik Vibrance

3. Naikkan Vibrace dan Saturation (+27, +5) atau ikut selera.

4. Buat macam No. 1, kali ni pilih pula 'Level' , Default dia adalah 'RGB',, tukarkan kepada 'Blue' kemudian adjust (0.81,210) untuk midtone & highlight.

Saya pun main 'bancuh' jer,,,, so korang boleh ler bermain-main dengan tool tersebut, asasnya adalah sama... Cuma perlu berhati-hati dengan 'Skin tone'. 

Selamat mencuba!!!