Belajar Fotografi | Tips & Teknik Fotografi | Tutorial Fotografi Reban Ilmu | Kongsi Secebis Ilmu Fotografi

13Jul/110

Shutter Speed | Asas Fotografi Digital

 

Kelajuan Shutter

Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak dan penggunaan shutter yang rendah seperti 1/10 akan merakamkan objek dengan kabur/samar. Shutter juga mempengaruhi kuantiti cahaya yang masuk ke dalam sensor mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Bukaan Shutter (1 stop)

1/4 > 1/8 > 1/15 > 1/30 > 1/60 > 1/125 > 1/250 > 1/500 > 1/1000 > seterusnya

 

*Gambar dari Google

13Jul/110

Exposure Modes (Mod-Mod Dedahan) | Setting Kamera DSLR

a. Program Auto Exposure (P Mode)

Didalam mode ini, kamera akan memilih nilai Aperture (f-stop) serta Shutter yang sesuai.

 

b. Semi Program AutoExposure

  • Aperture Priority – Di dalam mode ini, kamera akan memilih shutter yang sesuai dan pengguna akan menentukan bukaan Aperture. Gunakan mode ini untuk mengawal DOF. ( A, AV Mode)

 

  • Shutter Priority – Di dalam dalam mode ini, kamera akan memilih Aperture yang sesuai manakala pengguna akan menentukan kelajuan shutter. Gunakan Mode ini untuk mengawal pergerakan atau memastikan rakaman tiada blur akibat pergerakan.( S, Tv Mode)

c. Manual Exposure (M Mode)

Manual Exposure membolehkan seseorang  jurugambar untuk mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan.

 

 

 

11Jan/110

Teknik Fokus | AF-A, AF-S, AF-C, AI-Servo | Asas Fotografi DSLR

Di dalam mengendalikan DSLR, memfokus subjek supaya berada di dalam zon fokus adalah amat penting. Menggunakan sama ada auto fokus mahupun secara manual bergantung kepada keadaan atau keselesaan pengguna itu sendiri.

a.      Auto Fokus

Dengan menekan separuh butang shutter ‘half shutter’ bermakna anda sudah memfokus subjek serta mengunci zon fokus tersebut. (Bergantung kepada setting /features DSLR) Sama ada anda menggunakan Single, Automatik ataupun ‘Continuous’.

  • Single (AF-S/One Shot)

Di dalam mode ini, DSLR membenarkan anda untuk fokus subjek yang tidak bergerak. Sesuai digunakan untuk landskap, portrait dan sebagainya.

  • Automatik (AF-A/AI Focus)

Di dalam mode ini pula, DSLR akan membenarkan untuk memfokus subjek yang tidak bergerak dan secara automatiknya akan mengikut pergerakan sekiranya subjek di dalam zon fokus bergerak.Sesuai digunakan dalam situasi majlis,kandid juga potrait kanak-kanak.

  • Continuous (AF-C/AI Servo)

Di dalam mode ini, DSLR membenarkan untuk memfokus subjek yang bergerak serta mengikutinya pada zone fokus yang di kunci. Mode ini banyak digunakan di dalam teknik ‘panning’ seperti sukan, lumba kereta, lumba motor dan sebagainya.

 

b.      Manual

Manual fokus boleh dipraktikkan dalam situasi dimana penggunaan Auto Fokus kadang kala tidak dapat mengunci zon fokus disebabkan kurang cahaya atau waktu malam. Manual fokus juga biasa digunakan dalam Fotografi Makro.

1Jan/110

Apa itu DSLR? | Asas Fotografi Digital

Kamera DSLR bermaksud 'Digital Single Lens Reflection'. Kamera DSLR mempunyai Lensa yang boleh ditukar ganti. Kamera DSLR mempunyai saiz sensor yang lebih besar  dari kamera kompak atau  PNS (Point & Shoot). Pemilihan kamera SLR sebenarnya bukan di lihat dari nilai  MegaPixel semata-mata tetapi sebaliknya lihatlah pada saiz sensor. Saiz sensor yang besar membolehkan gambar dirakam dengan resolusi yang lagi tinggi.

Kamera DSLR membolehkan seseorang jurugambar tersebut mengawal focus, ISO, shutter speed dan aperture secara manual. Bukan semua mode Auto yang ada didalam kamera DSLR dan PNS akan menyelesaikan masalah, sebaliknya masalah-masalah ini harus ditangani dengan cara manual.

Pengguna DSLR yang sudah mahir mengendalikan kamera, sudah boleh membaca situasi sebelum memetik 'shutter', dan mereka tidak berasa kekok kerana tahu dimana kedudukan kawalan tersebut berada.