Belajar Fotografi | Tips & Teknik Fotografi | Tutorial Fotografi Reban Ilmu | Kongsi Secebis Ilmu Fotografi

2Mar/120

Pentingnya Professional Fotografer

Photographer tipu pengantin?kononnya album dah dekat setahun tak dapat? call tak angkat2??

boleh pulak photog tu lari2 yer~ kenal photographer kat tepi jalan ker? wahahhahaaa~

banyak kali dah dengar citer mistik serta misteri nusantara camnih~!! agak meremang bulu roma, nasib baik bulu ketiak dah cukur kalau tak beliau pun turut sama berdiri~! ekekekkeee~

Haaa~ tu laaaa~ kan elok melabur lebih sikit bagi kepada yang 'Pakar' dan buat secara professional~ risiko gambar hilang kurang, risiko tak angkat telefon pun kurang, kalau tak angkat tunggu sat,, dia free je.. musti call balik lah~

Kalau takat album tak siap sebulan tu biasa~ 3 bulan tak siap tu normal~ 6 bulan tu kadang2~ 1 tahun tu,, jarang2 lah~ kalau dah lebih setahun tu memang cam haramlah~ wakakakaka~

Kepada photog2~ kalau gambar hilang tu,, ckp jer terus terang kat pengantin, lari2 pun makin masalah~ jadikan pengajaran,, buat backup~ jangan lagak pakai tele panjang2 tapi memori kad cap ayam~!! weeeee~ workstation pun kena jaga~ bukan asyik nak upgrade kamera jer jah oii~ beli hosting server satu lagi elok~ bayo ajer lah~

kalau PC kena curik pun masih senyum ada backup~ kepada bakal2 pengantin pulak~ elok amik photog yang mempunyai syarikat yang bedaftar~ senang nak berurusan,,, lagi senang yang mempunyai premis perniagaan sendiri~ apa2 hal kita bakooo je kedai dia~!!!

jangan dah terkono baru nak melolong~ tak dapek den nak nolong~!! ** Eh~ macam lain jer tajuk ngan isi?? ahhhh~

Ikhlas merapu,, - Nasa

19Jan/120

FTP | Filezilla | Transfer Data

Saya  kongsi secara ringkas mengenai FTP dengan menggunakan software FileZilla. Ianya boleh di muat turun secara percuma. Harap ianya membantu. Enjoy~!!

DOWNLOAD FileZilla for Windows


20Jul/110

‘Perghhh Hijau’ | WOW Green | Basic Editing in Photoshop

**Gambar yang di atas adalah 'Selepas' dan di bawah adalah 'Sebelum' di edit.

Wah!!! menawan hijaunya kan? Rahsia RebanCreative aka nasastudio.com sudah terbongkar,, senang jer nak kasi 'pop' hijau nih,,, hanya guna satu tool aje.... kalau nak lebih lagi rahsia² nasastudio.com stay tune lah....

Pernah dengar 'Triple 'S' Editing' ???.... hahh~!! cuba cari di FB saya atau di gallery Flickr saya... ia membawa maksud, 'Sikit Sikit Sudah' lah... hehehehee~

Jom kita tengok macam mana nak buat 'Perghhhhh Hijau'

1. Klik 'Create New Fill or new adjustment layer' dan pilih 'Selective Color'

2. Tukar 'Colors' kepada 'Green' dan masukkan nilai seperti di atas (C:-100, M:-100, Y: +100)

3. Kemudian pilih pula 'Yellow' dan masukkan nilainya (C:-100, M: -30, Y: +100)

4. Dan akhir sekali tukarkan 'Blending' Normal kepada Color.

5. Settel~!!! Korang boleh cuba² bermain dengan nilai² tersebut mengikut selera masing² lah~

Ape lagi??? piiiiii lah try~!!! kalau ok,, ngam,,, mabelessss,,, share² ler kat kawan²,,, dapat pahala kongsi ilmu nih~ hihihihihihii~

17Jul/110

Custom Brush | Tutorial Photoshop

Artikel | Tutorial Photoshop berkenaan Custom Brush ini pernah ditulis di laman blog Fotografi perkahwinan saya di nasastudio.com/rebanfoto . Saya just copy and paste ajee....

 

‘Brush’ di dalam photoshop banyak juga saya dan mugkin juga anda gunakan untuk kerja-kerja editing. Di sini saya kongsi cara-cara untuk membuat preset brush yang mungkin akan memudahkan kerja-kerja editing kita nanti.

 1. Buat satu kertas kerja baru dengan ukuran 2500 x 2500 pixel.

Brush hanya akan diterima dalam mode Grayscale, jika anda gunakan mode RGB etc. photoshop akan automatik convert ke grayscale semasa menyimpan preset nanti.

 

 2. Buat brush seperti yang anda mahu, contoh saya seperti di atas adalah berbentuk logo/signature.

 

3. Setelah selesai membuat gambaran brush dikehendaki, pergi ke menu ‘ Edit ‘ dan klik pada ‘Define Brush Preset'

 

 

 4. Berikan nama untuk brush anda tadi dan klik ‘ OK ‘.

 

 5. Untuk mengujinya, buka satu mana-mana foto anda, kemudian klik pada brush atau tekan huruf  ‘ B ‘ pada keyboard,

kemudian klik kanan tetikus pada gambar anda dan pilih brush yang telah anda buat tadi.

 

 

6. Siap sudah~!! Sekiranya anda ingin menukar warna atau sebagainya, boleh menggunakan blending option.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dengan secebis ilmu ini.

Banyak lagi yang akan dikongsi,,, Sila tinggalkan komen anda atau emel ke info@nasastudio.com untuk sebarang pandangan dan cadangan. Terima kasih sebab mengunjungi blog ini.

Wassalam~

 

13Jul/110

Penting ke Outing? | Ilmu Fotografi

Outing? Bila? Kat mana? Berapa ringgit?

Hmmmm..... Boleh dikatakan semua photographer teruja bila dengar outing, semua nak join, lebih2 lagi mereka yang baru berjinak2 dalam dunia 'lensa boleh tanggal' ni... Time ni lah nak jumpa mereka2 yang lebih arif dalam bidang ni. Yelaa... Nak join kelas, mahal katanya.... Biasa lah tu.. Body dan lensa stok2 dewa,,, bateri pakai 3rd party.... Jimat katanya.... Boleh aje tak nak join kelas, asal rajin menggodeh dan meng'google'.. Cuma lambat ler sket... Org naik roket ke bulan, kamu naik kereta lembu... Hheeee....

Melencong ke lain pulak,, hihhihiiii....  Sori2...

Okeyy... So, rajin2 ler join outing, kalau berkesempatan tu.. Bukan saja dapat bertukar2 pendapat,, malah mengeratkan lagi silaturrahim...

Sesetengah outing berbayar tu bukan apa,, untuk token model atau talent,, yelahh penat tonggeng meniarap tuu.... Ok la tuh,, tinggal join.. tak payah korang sibuk2 nak anjur, cari model, cari peserta, lokasi, dan sebagainya.

Haa... Senang kan nak cari ilmu?

Ahahhh... Tips basi,, tapi boleh lah nak penuh2kan blog ni..... Hik.. Hik... Hik....

Sape nak join outing akan tangan!! Ni  kompom free punya... Hehehee...

13Jul/110

Shutter Speed | Asas Fotografi Digital

 

Kelajuan Shutter

Kelajuan shutter yang tinggi seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak dan penggunaan shutter yang rendah seperti 1/10 akan merakamkan objek dengan kabur/samar. Shutter juga mempengaruhi kuantiti cahaya yang masuk ke dalam sensor mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Bukaan Shutter (1 stop)

1/4 > 1/8 > 1/15 > 1/30 > 1/60 > 1/125 > 1/250 > 1/500 > 1/1000 > seterusnya

 

*Gambar dari Google

13Jul/110

Exposure Modes (Mod-Mod Dedahan) | Setting Kamera DSLR

a. Program Auto Exposure (P Mode)

Didalam mode ini, kamera akan memilih nilai Aperture (f-stop) serta Shutter yang sesuai.

 

b. Semi Program AutoExposure

  • Aperture Priority – Di dalam mode ini, kamera akan memilih shutter yang sesuai dan pengguna akan menentukan bukaan Aperture. Gunakan mode ini untuk mengawal DOF. ( A, AV Mode)

 

  • Shutter Priority – Di dalam dalam mode ini, kamera akan memilih Aperture yang sesuai manakala pengguna akan menentukan kelajuan shutter. Gunakan Mode ini untuk mengawal pergerakan atau memastikan rakaman tiada blur akibat pergerakan.( S, Tv Mode)

c. Manual Exposure (M Mode)

Manual Exposure membolehkan seseorang  jurugambar untuk mengawal sepenuhnya dedahan cahaya yang diperlukan.

 

 

 

12Jul/110

Pop Color | Photoshop | Belajar Edit Gambar

Terdapat banyak cara untuk menaikkan warna gambar. Untuk yang pertama ni,saya kongsikan satu cara yang biasa digunakan oleh kebanyakkan editor². Saya menggunakan perisian Adobe Photoshop CS4.

Dipendekkan, cerita korang ikut jerlah flow saya bagi, selebihnya cuba gunakan mata sendiri untuk melihat sama ada ianya sesuai atau tidak. Gambar masing² berbeza so 'bancuhan' tu berbeza lah... Kalau agak ok jer... 'ngam' ,, boleh la jadikan 'Action',,, senang korang nak guna lain kali,, tinggal klik atau pakai short cut jer lah...

Tunggu next post lah macam mana nak buat 'Action'...... hehehehe~

1. Klik pada icon 'Create new fill or adjustment layer'

2. Klik Vibrance

3. Naikkan Vibrace dan Saturation (+27, +5) atau ikut selera.

4. Buat macam No. 1, kali ni pilih pula 'Level' , Default dia adalah 'RGB',, tukarkan kepada 'Blue' kemudian adjust (0.81,210) untuk midtone & highlight.

Saya pun main 'bancuh' jer,,,, so korang boleh ler bermain-main dengan tool tersebut, asasnya adalah sama... Cuma perlu berhati-hati dengan 'Skin tone'. 

Selamat mencuba!!!

 

 

11Jul/110

Buang Noise / Grain | Edit Gambar Photoshop

Mengambil gambar dengan penggunaan ISO yang tinggi akan menyebabkan Noise atau Grain,, alahh.. bintik-bintik pada gambar tu haaa.... banyak software yang dapat mengurangkan kehadiran noise ini, tapi saya lebih suka menggunakan Neat Image.

Neat Image ni boleh 'stand alone' atau menjadi 'plug-in' yang duduk di bawah 'filter' didalam Photoshop.

Noise Ninja pun antara filter yang biasa digunakan, jadi terpulang pada anda untuk guna yang mana, kadang-kadang saya guna filter dalam photoshop jer... hehehheee~

Apa yang korang guna sekarang?

 

11Jul/110

Pengalaman atau Ilmu? | Pakar Teknikal dan Seni Fotografi

Pengalaman atau ilmu lebih penting? haa! ramai otai-otai kat luar yang sudah puluh tahun pegang kamera asal jumpa budak-budak baru dalam forografi nih selalu memandang sebelah mata je...Otai-otai lah,,, yang pakar dan yang benar-benar pro biasanya lebih mudah didekati dan suka untuk berkongsi bila duduk satu table... hahahaa.....

Tapi bukan tu yang nak diceritakan, semua orang tahu pengalaman suatu benda yang amat berharga yang tak dapat dibeli, tapi ilmu merupakan tunjang dalam mencari pengalaman, tanpa ilmu dalam fotografi bagaimana nak cari pengalaman kan? So pada yang otai berkongsilah pengalaman anda , walaupun secubit sekurang-kurangnya dapat juga yang baru merasa.

Bukan semestinya yang otai pulak ilmunya lebih padat dan mampat! haa! dia boleh citer pulak zaman teknologi Russia laa Jepon laa... deyy! sikalang zaman teknologi digital maaa.... itu ilmu kasi simpan, ini teknologi baru kasi belajar laaa.... Walaupun asas analog dan digital adalah sama, namun kita mesti seiring dengan arus teknologi supaya tidak ketinggalan.

Kesimpulannya, pengalaman dapat memberi ilmu, tetapi dengan ilmu belum tentu dapat memberi pengalaman, so carilah pengalaman dengan berbekal ilmu.

Apa kata anda?